Wednesday, January 6, 2010

Solat Gerhana Bulan di Masjid Jami’ah

Tanggal 16hb Muharram, pada malamnya (malam ke-17), telah terjadinya gerhana bulan di Yemen dan lain-lain.

(gambar gerhana)

Ahli-ahli dapur yang sedang membuat perbincangan malam sesama sendiri tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman dari masjid, (di jami’ah, semua urusan akan diumumkan dari masjid) lebih kurang jam 10:15 malam berbunyi:


الصلاة الجامعة الصلاة الجامعة الصلاة الجامعة
“Solat berjemaah! Solat berjemaah! Solat berjemaah!”


Saya terus teringat berita dalam satu suratkhabar Malaysia yang gerhana akan berlaku, tetapi tidak teringat pula tarikh dan waktunya.. Kami keluar dari dapur melihat bulan untuk memastikan adakah gerhana bulan atau tidak. Tetapi seakan-akan bukan, kerana bulan masih ada, akan tetapi sukunya seolah-olah terlindung oleh awan. (malam 16 masih bulan penuh ye..)
Tetapi kalau solat jenazah pengumumannya berbunyi:


الصلاة على الميت
“Solat ke atas jenazah”


Kami pun masuk semula ke dapur tertanya-tanya, adakah akan diadakan solat khusuf (gerhana) atau solat lain. Namun setelah setengah jam menunggu, masih tiada solat didirikan. Mungkin tersilap pengumuman.


Lebih kurang jam 10:50 malam, tiba-tiba takbiratul-ihram berbunyi. Suara as-Syeikh Muhammad as-Sodiq al-Mughlis berkumandang.


Rupa-rupanya memang solat khusuf.. Kami pun bergegas berwudhu’ dan pergi ke masjid.


Cara Solat


Diriwayatkan bahawa solat khusuf disunatkan membaca surah-surah yang panjang kerana solat itu bermula pada permulaan gerhana dan berakhir setelah berakhirnya gerhana:


خسفت الشمس في عهد رسول الله صلى الله عليه و سلم فقام رسول الله صلى الله عليه و سلم يصلي فأطال القيام جدا ثم ركع فأطال الركوع جدا ثم رفع رأسه فأطال القيام جدا وهو دون القيام الأول ثم ركع فأطال الركوع جدا وهو دون الركوع الأول ثم سجد ثم قام فأطال القيام وهو دون القيام الأول ثم ركع فأطال الركوع وهو دون الركوع الأول ثم رفع رأسه فقام فأطال القيام وهو دون القيام الأول...
“Telah berlakunya gerhana matahari di zaman Rasulullah sallallahu alayhi wasallam maka Rasulullah alayhis-salam bangkit mengerjakan solat seterusnya memanjangkan berdiri dengan sangat panjang, kemudian rukuk dan memanjangkan rukuk dengan sangat panjang kemudian bangun semula dan memanjangkan berdiri semula tidak sepanjang berdiri pertama, kemudian rukuk dan memanjangkan rukuk tidak seperti rukuk pertama, kemudian sujud, kemudian berdiri dan memanjangkan tidak seperti berdiri pertama…”
Sahih Muslim no: 901


Imam malam itu telah membaca surah al-Ankabut, ar-Rum, Luqman, dan surah as-Sajdah dalam 2 rakaat 4 rukuk.


Solat berakhir pada jam 11.45 malam, dan disambung dengan tazkirah pendek oleh Syeikh.


Alangkah lazatnya ibadah bagi orang yang benar-benar beriman!

Start Mengaji



Alhamdulillah, 2 Muharram hari Sabtu, selamatlah Jami’ah dibuka kembali untuk sessi 1431. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pengumuman malam sebelum itu memang gempak dan menggempakkan orang lain;

"ننبه جميع الطلاب أن الدراسة ستبدأ يوم السبت القادم. علما بأنه سيبدأ الترقيم والتحضير"
“Kami mengingatkan semua pelajar bahawa pengajian akan bermula pada hari Sabtu ini. Untuk pengetahuan, akan bermulanya juga ‘pernomboran’ dan tahdhir (pengiraan kehadiran).”

Biasalah, untuk membuatkan semua pelajar Yemen yang masih berhore bergumbira di kampung mereka sempena hari raya Adha, pengumuman memang perlu menyebut pengambilan kehadiran, kerana 16% ghiyab (tidak hadir) dalam sepenggal, bermakna mahrum (dihalang mengikuti peperiksaan).

Last-last, takkan ada tahdhir punya, dijamin, sebab semua orang mestilah sibuk nak buat urusan kan, kalau yang tatbiq di Malaysia, markah tatbiq tak keluar lagi, belum dikira lulus. Manakala takkan semua sibuk tarqim, syeikh nak masuk mengajar pula.. dan yang paling penting, ramai lagi pelajar Yemen yang masih di kampung berhore2.

Tarqim

Tarqim ialah masdar raqqam yuraqqimu tarqiiman. Mushtaq daripada roqom atau bahasa Melayunya nombor je pun. Tahdhir (cara tanda kehadiran) di Jami’ah menggunakan sistem kerusi bernombor, di mana siapa yang tiada di kerusi yang telah dipilihnya semasa waktu tahdhir, dikira ghiyab.

Cara untuk tarqim hari tu sangatlah tersusun.. Cuba anda perhatikan caranya:

1. Bawa kad pelajar anda ke satu tingkap (ye, memang tingkap, dan memang satu) yang dikhususkan untuk semua (diulang, SEMUA) 800 orang pelajar tahun anda
2. Beri kad itu kepada dua orang (ye, memang dua orang) yang akan mencari nama anda adakah lulus naik tahun atau tidak secara manual menggunakan 5 keping senarai nama
3. Tunggu di tepi tingkap itu sehingga nama anda dipanggil,
4. Sekiranya lulus, anda akan diberi dua isy’ar (makluman), satu untuk tarqim, dan satu untuk iskan (bagi yang nak tinggal di sakan jami’ah)
5. Bawa isy’ar tarqim anda ke seorang (ye, seorang) yang akan tunggu di dewan alif bagi tahun anda
6. Siap

Walaupun cuma 6 steps yang sangat simple, tetapi bisa memakan masa sehari, eh bukan, sepagi suntuk, sebab waktu kerja pagi sampai tengahari je. Almaklumlah, tingkap dah la kecil, pelajar ramai, yang kerja 2 orang, yang nak tarqim beratus. Cerdik.

Macam manalah Islam nak berjaya, bak kata hukama’:

الفوضى في الحق لا تهزم الباطل المنظم
Keteraburan dalam kebenaran tidak akan mengalahkan kebatilan yang tersusun

Islam agama yang tersusun. Solat 5 waktu sehari semalam dalam waktu yang ditetapkan. Allah ta’ala menyebut:

إِنَّ الصَّلاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَوْقُوتاً
(النساء: من الآية103)
“sesungguhnya solat itu diwajibkan ke atas orang-orang mukmin, dalam waktu yang ditetapkan.”

Malah untuk mendirikannya pula, harus dalam sufuf yang tegak lurus. Nabi alayhis-salam pernah berkata:

سووا صفوفكم فإن تسوية الصفوف من إقامة الصلاة
“samakanlah saf-saf kamu, kerana sesungguhnya menyamakan sufuf itu adalah sebahagian daripada mendirikan solat”
(sahih al-Bukhari no: 690 dan Sahih Muslim no: 433)

Berjihad merupakan salah satu amalan paling mulia, akan tetapi, cara yang Allah ta’ala suka ialah:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ
(الصف:4)
“sesungguhnya Allah mencintai mereka yang berperang di jalan-Nya dalam satu barisan seakan-akan mereka sebuah bangunan yang kebal”

Kalimah ‘soffan’ mansub al al-hal. Dan merupan lafaz mufrad. Jamaknya ‘sufuf’. Bermaksud keadaan mereka BERKEADAAN satu barisan.

Semua yang diajarkan oleh Allah ta’ala dan Rasul alayhis-salam tidak lain dan tidak bukan seharusnya menyusun kehidupan muslim, akan tetapi apabila penunaian ibadat tidak dihayati dengan sempurna, maka tidak dapatlah kita hasilnya.

Pelajar lughah dan baru

Untuk wafidin, jami’ah ada markaz al-lughah al-arabiyyah. Bagi pelajar lughah, seperti biasa penjaga lughah menganak-tirikan lughah dengan melambatkan mula kelas lughah. Baru nak sediakan ujian lisan dan bertulis untuk wafidin yang baru nak masuk jami’ah,untuk tahu adakah dapat terus ke Tahun Satu, atau perlu belajar di lughah dahulu.

Maksudnya tunggu ujian, dan tunggu natijah. Bila depa ni nak tarqim? Itu yang anda kena teka..

Pelajar Malaysia

Malaysiaku yang makmur. Kali ini, pelajarnya semakin ramai di jami’ah tercinta ini. Dulu mungkin boleh dibilang guna jari tangan dan kaki sikit, sekarang rasanya perlu meminjam tangan dan kaki member sebelah, mungkin 2, 3, orang member.

Sekarang susah untuk mengenali yang mana satu pelajar Malaysia, sebab ramai sangat, tak sempat nak buat ta’aruf untuk semua di dapur yang serba sederhana ini. Pelajar Indonesia mencecah 200 orang. Tak tahu nak bezakan.

Alhamdulillah, semakin ramai itu kami do’akan dan insha Allah, semakin baik. Manhaj jami’ah yang menekankan konsep ‘kembali kepada Iman’ masih memerlukan lebih ramai perintis. Allah ta’ala membuka hati kami mempelajari ilmu terulung dalam makhluknya, iaitulah ilmu agamanya.

Amalan terbaik secara mutlak sudah tentunya Iman:

أن رسول الله صلى الله عليه و سلم سئل أي العمل أفضل ؟ فقال ( إيمان بالله ورسوله ) . قيل ثم ماذا ؟ قال ( الجهاد في سبيل الله ) . قيل ثم ماذا ؟ قال ( حج مبرور )
Bahawasanya Rasulallah sallallahu alayhi wasallam ditanya apakah amalan paling afdhal? Maka dia berkata, “mengimani Allah dan rasul-Nya.” Dikatakan kemudiannya apa? Dia berkata, “berjihad di jalan Allah.” Dikatakan kemudiannya apa? Dia berkata, “haji yang mabrur.”
Sahih al-Bukhari no: 1447 dan sahih Muslim no: 83

Ye lah kan, kalau fardhu kifayah tu hukumnya jatuh tidak wajib apabila telah ada jumlah yang cukup melaksanakannya. Contohnya perubatan kedoktoran itu fardhu kifayah sehingga bilangan doktor muslim mencukupi bilangan muslimin, begitu juga bilangan ulama’ jika dinisbahkan kepada seluruh umat manusia! Kerana Islam adalah untuk sejagat, dan tidak cukup hanya dengan seorang, dua orang ulama’!

Apa pun Dapur Iman mengucapkan selamat mengaji untuk semua pelajar Malaysia, dan semua yang membaca ini, semoga tahun ini sukses selalu.

سيروا على بركات الله

Tuesday, November 3, 2009

Tatbiq Universiti Al-Iman

العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر

“Ilmu tampa ‘amalan seperti pohon yang tidak berbuah”

Satu kata-kata yang masyhur dikalangan orang malaysia. Seorang yang berilmu, tetapi tidak beramal, maka tiada hasil yang mampu dipungut olehnya diakhirat kelak. Tetapi sekiranya ‘amalan tanpa ilmu, itu ada perkerjaan yang sia-sia.

Nabi saw bersabda:

عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم: من سلك طريقا يلتمس به علما سهل الله له طريقا إلى الجنة

“Sesiapa yang berjalan dengan tujuan untuk menuntut ilmu (syariat) maka Allah akan mempermudahkan jalan baginya untuk menuju ke syurga" Riwayat Tarmizi

Ganjarang bagi orang yang mencari dan menuntut ilmu Allah swt adalah ganjaran didunia dan sebagai pemudah cara untuk memiliki kebahagian di akhirat. Tetapi jika inginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat selain dari beriman kepada Allah swt, manusia mestilah ber’amal dengan ilmu yang ada. Allah swt Berfirman:

وَمَنْ يَأْتِهِ مُؤْمِنًا قَدْ عَمِلَ الصَّالِحَاتِ فَأُولَئِكَ لَهُمُ الدَّرَجَاتُ الْعُلَى (٧٥)

"Dan sesiapa yang datang kepadanya sedang ia beriman, serta ia telah mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya”. Surah Taahaa – Ayat 75

Allah swt Berfirman didalam didalam ayat yang lain:

وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا قَالُوا هَذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (٢٥)

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada Kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. Surah AL Baqarah – Ayat 25

Inilah Universiti al-Iman yang kami di didik sekarang, dari 10 Syawal sehingga penghujung Zulkhaidah adalah tempoh untuk kami dipantau oleh pihak Universiti dalam mempergunakan ilmu yang dipelajari selama lapan bulan. Dari bulan Muharram sehingga bulan Sya’ban.

Disebabkan peristiwa 11 sep 2001 yang lalu, ianya amat memberi kesan dan menghalang kami (Wafidun) untuk berhadapan dengan masyarakat Yaman yang berada diluar Sana’a.

Oleh kerana itu, program kami disusun oleh Lajnah Tazkiah dengan program-program tertentu, seperti halaqah al-Quran, kemudiannya kami perlu memasuki daurah-daurah yang diingini. Antara daurah yang disediakan: Faraidh, Sirah, Fekh, ‘Aqidah, Ulum Al-Quran, Nahu dan Sorof. Dan kami juga dilatih untuk menyampaikan dalam bahasa arab seperti berceramah, forum, khutbah, dan sebagainya pada setiap isnin dan khamis.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk melatih mahasiswa yang menuntut di Universiti Al-Iman agar dapat bersedia menjadi seorang ‘alim dan da’ie yang mampu berhadapan dengan masyarakat dan menyelesaikan pelbagai permasalah yang berlaku desekelilingnya.

Saturday, October 31, 2009

Hadaiqul Iman Part 1 of 3

Friday, October 30, 2009

Sambutan hari lahir Syaima'

Pada 10 oktober hari tu(sory lambat post)Abg Taufiq bekas ahli dapur telah buat majlis sambutan hari lahir anak sulong die syaima' buat pertama kalinye dengan menjemput semua ahli dapur dan rumah iman untuk meriuh-rendahkan keadaan sekaligus menghabiskan hidangan yg ada he4...
tahniah Abg Taufiq sekeluarga kerana dapat zuriat yg comel...kami dari warga dapur iman sentiasa berdoa agar Allah memberkati kehidupan Abg Taufiq sekeluarga...moga panjang umur, murah rezeki dan sihat slalu iAllah...

p/s Abg Taufiq doa- doa la kat kawan-kawan yang solo lagi ni...huhu

Wednesday, October 7, 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009

"eid mubarak"

"kullu 'am wa antum bi khair"

"taqabbalallahu minna wa minkum"

kedengaran dari mulut-mulut sang perantau melindung sebak kenangkan desa..

tatkala sanak saudara riang gembira...kami di sini tak kurang hebatnya...he9, mau taknye makanan semua ada, ayam bakar, nasi impit, kuah kacang, lontong dan memacam lagi lah hermm...hampir-hampir terlupa tanah air, bukan makan je kami buat...game pun ada, riuh rendah dibuatnye...sampai kena marah dengan jiran lah nak jadi cite he5. biasa la arab hari raya tidur awal nak cover ramadhan yang diorang tak tidur....bukan tu je persembahan pun ada dari kumpulan rumah iman, dapur imam, pelajar derang n tetamu-tetamu jemputan...ble tahan la...amatur bukan pro...ape pun Alhamdulillah majlis berjalan lancar...matlamat pun tercapai untuk menguatkan ukhuwah yang sedia terjalin.. moga Allah memberkati segala ape yang telah kita usaha....'selamat hari raya...hari untuk kita ber....................................
'


Monday, September 28, 2009

SURAT TAtBIQ JAMIAH IMaN



untuk zulfidhlu

Saturday, September 19, 2009

Selamat hari raya



TAQABBALAHHUMINNA WAMINKUM!!!!

MOHON MAAF SALAH SILAP DARI SEMUA.. BIAR GEMBIRA BERAYA KERNA BERSIH DARI DOSA!!!!